Sunday, July 5, 2009

#2 H1N1

Memandangkan situasi jangkitan virus H1N1 yang telah merebak di Malaysia sekarang, memang logiklah aku duduk di rumah sehari suntuk. Maklumat terkini menyatakan bahawa sudah ada jangkitan di Cheras. DEKAT DAH TU! Jadi, ada beberapa langkah yang patut dititikberatkan oleh kita.
1) Pakai topeng.
2) Duduk je di rumah. Bangun, makan, tengok tv, online, main game, tidur balik.
3) Pergi jumpa doktor sekiranya anda demam. Tidak semestinya ada dijangkiti H1N1, mungkin juga demam denggi. Simptom H1N1 ini adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah.

Aku pun terpaksa berfikir dua kali untuk pergi berenang di kolam renang awam. Tapi buat dekkk je lah. Dan aktiviti melepak pun sedikit berkurangan. Beberapa minggu yang lepas, terjumpa seorang makcik yang memakai topeng semasa berada di Alamanda. Ini cukup untuk membuktikan bahawa penularan wabak penyakit ini sememangnya tidak harus dipandang ringan! Namun begitu, setakat ini, kes penularan di Malaysia masih terkawal. Kepada sesiapa yang baru balik dari luar negara, anda dinasihatkan untuk mengikut 10 langkah yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu home quarantine. Tekan sini.


Untuk maklumat lanjut dan laporan terkini, sila ke www.moh.gov.my

No comments:

Post a Comment