Thursday, January 6, 2011

musafir

1. lama dah tak buka blog aku ni.
2. haha. aku suka menulis tapi jarang-jarang pula tulis di sini. aku suka fakta lebih dari fiksyen. jadi, kalau nak 'post' tentang fakta tu, kadang2 mengambil masa, sebab itulah jarang kongsi di sini. cerita banyak dikongsi bersama keluarga dan teman rapat.

3. satu benda telah mengingatkan aku tentang diri sendiri iaitu post yang sebelum ni, aktiviti dan benda yang aku kena buat. haha, lawak bila aku tengok balik. tapi ia buat aku teringat balik tentang impianku. jadi aku rasa kena teruskan balik untuk buat aktiviti dan benda ini bila ada masa dan wang tidak menjadi penghalang. backpacking dan travelling aku sudah dapat capai. banyak kali juga kawan rapat aku ajak, tapi aku tolak. mungkin cukup buat masa sekarang memandangkan aku masih belajar. tapi sebelum kahwin, kena travel banyak2 lagi! haha. objektif merantau ala-ala national geographic masih belum tercapai. jadi, sesiapa yang nak tumpang sekaki boleh la nanti.

4. aku akan mulakan on-job-training selama 6 bulan di Systematic Aviation Services berpengkalan di Lapangan Terbang Subang pada 10/1/2011.

5. tengok kawan2 yang tak putus2 post di blog mereka. itulah yang terdetik di dalam hati saya untuk menulis. lama dah tak rasa seronok bila menulis.

6. banyak yang berlaku pada tahun 2010. terutamanya, yang berkaitan pelajaran di MIAT. jadi nak cerita satu2 mungkin terlalu banyak, lagipun bukanlah penting sangat pun. jika nak kongsi beberapa peristiwa penting pun, mungkin sudah jadi basi, tak menarik dan sensitif. tak best lah macam tu kan? baik aku teruskan saja dengan cerita yang seterusnya. kalau ada nak tanya, boleh saja.

7. bye-bye.