Friday, July 31, 2009

Si Penggali Kubur

Kejadian berlaku malam semalam. Aku, Hilmi dan Nafis(Baya) nak pegi Alamanda. Kareoke sat. Hilmi sangap. So diorang dtg lah rumah aku naik motor. Kebetulan pula time tu kereta takde, iman bawa. So nak tanak, kene lah diorg bawa aku naik motor. HAHAHA! Pandai tu, menggunakan aku. Bawa motor smpai umah aku, then naik kete ke alamanda. Takpat ah jeb! So ktorg patah balik ke mapley terowong di Presint 9. Aku dan Baya tunggu kat situ, Hilmi gi amik helmet lebih kat rumah dia. Sampai2 je dia kat mapley bersama-sama dengan helmet, dia cakap. "Weyh, ada kucing mati doe kat depan rumah aku! Camne ni? Aku tak tau nak buat pe." Aku dgn Baya tkejutlah. Tiba2 lak Hilmi ada kucing. Tak pernah2 plak. So aku dgn Baya decide, tak yah ah kareoke. Gi settlekan problem Hilmi. Pastu makan. Sbb Baya lapar gila time tu.

Sampai2 je kat rumah Hilmi. Yes, mmg ada kucing tu kat depan pintu rumah dia. Hilmi ckp agaknya dia mati lemas time orang fogging nyamuk petang tadi. Kesian jugak. Hilmi bleh plak cakap nk buang dalam plastik je. Dia suruh aku dgn baya angkat. Dia geli. HAHA. Tp aku dgn baya cepat2 amik cangkul, gi cari port jauh sket. Hilmi suruh tanam depan rumah dia je. Tp takkan lah kan, baya ckp kang jd kuntilanak. Haha ntah pape. Dah dapat spot, aku pun start ah menggali. Maka bermulalah episod pengalaman yg tak dpt dilupakan. Spot ni agak jauh dari rumah Hilmi, tp di laluan pejalan kaki sebelah rumah jiran dia dekat dgn taman permainan. Haha. Asal jauh sket dari rumah Hilmi dah ah kan. Aku dan Baya gali lah lubang, semetara tu Hilmi dtg bawa kucing tu. Boleh plak. Tadi cakap geli. Tp style dia bawa agak kejam ah. Guna kain, pegang kaki belakang, kepala dan ekor cm terjuntai je. Aduhhh.. Then teruskan menggali. Kena gali dalam so tak berbau, Hilmi bantai malas nak gali dalam2. Cuak ape tah. Agak2 dah ckup dalam tu, letaklah kucing tu ke liang lahad dia. Sbb aku dgn baya hanya ukur untuk panjang kucing tu, jadi kaki dia tak muat lah nak masuk. Masing2 dah cuak. Buatnya macam jenazah manusia. Tp kucing mana ada dosa pahala kan? So takde pe lah kot. Hilmi bengkok kan kaki depan dan blkg dia mcm dia tgh duduk. Pastu, dia ckp. Mayat dia ni tak sakit ke haa, aku bengkokkan kaki dia? Aku pun tak tau lah. Diam je. Nampak comel plak kucing tu kat dalam tu. Ngam2 je. Aku pun start lah kambuskan kucing tu. Tengah2 kambus tu, terasa sedih plak tengok. Pilu je. Aku start dari ekor, bila smpai leher je, aku bg baya buat. Sedih ah. Baya pun sama. Dah siap kambus, pening plak nak tanda camne. Baya bantai nak buat batu nisan guna ranting kayu. Aku tgk cm budak2 main2 je nnt. Aishh pening gak. Aku ingt nk biar kan je cmtu. Baya fikir budak2 main2 pasir plak kang. Last2 guna kain yg hilmi guna utk bawa kucing tu je. Letak je kat situ. Aduhh. Pelik2 ah. Selesai je kerja, aku plak jd lapar sbb penat menggali. Tp baru sikit. Cmne lah org yg menggali kubur utk kita tu. Dalam tu.

Sbg renungan, segalanya berlaku dgn sekelip mata. Even kematian. Dan kejadian tu pun berlaku mungkin juga takdir Hilmi lah. Tak tau kucing sapa, mati depan rumah dia. Bak kata aku dan baya "Kucing tu percaya kat kau mi utk uruskan mayat dia, sbb tu dia mati depan rumah kau". Ntah pape. Anyway, satu pengalaman yg berharga. Baya ada record video time aku tgh korek liang lahad tu. Tp kejap je. Dia cuak takut ada pape pelik. Paranoid plak dah. Okay, kalau dpt, aku letak. Bye.

Thursday, July 30, 2009

Early Bird Catches Worm

Ahh, patut lah cepat je budak2 ni sampai kelas! Selalunya, kosong je time2 camni. Aku pun dengan segannya sikit2, dapatlah masuk kelas. Dan kelas pun sambung balik macam biasa.

Rfq: Assalamualaikum! (masuk kelas, semua usha) Sorry sir I'm late.
Lecturer: Walaikumussalam. Haa, why are you late?
Rfq: Err, just arrived from home.
Lecturer: *sigh sket* Saya pun dari rumah juga.
Rfq: Teman mak pergi pasar tadi. ( Muka mmg confident, bajet bleh convince dia lah)
(Whole class gelak besar!)
Lecturer: HAHAHA! Kamu ni. Don't have any other excuse ke? Your class ni memang bagi alasan pelik2 ke? Tadi kena hantar kakak ke UPM lah. Are you sure?
Rfq: (Pelik. siapa plak? ohh syahmi... dia slalu hantar kakak dia.) Ye sir, I'm serious.
*diam kejap*
Rfq: Sorry sir, lambat dua minit je. (sambil confident je tengok jam)
(Tiba2 sapa tah ckp, dua minit apa nya? lama kot!)
Syahmi: Start start pukul 11am. (Time tu, exactly 11.32am.)
Rfq: *tepuk dahi* (tak tau nak ckp pe. stick je lah kat alasan tadi, senang sket.)
Lecturer: So, tell me what is inside your bag? What book do you bring?
Rfq: Err, I bring my Aircraft Instrument book and some blank papers. (dia punya kelas, Air Legislation. tapi tak dapat buku lagi.)
Lecturer: Hah. belajar lah aircraft instrument sorang2. sign your attendance, masuk.
Rfq: (Baik plak dia ni, selamatt!)

So, lesson nya. Tengok lah jadual btol2. serious, mmg ingtkan kelas start pukul 1130am. Tp dah terlambat dah 30minit. Patutlah time aku sampai tadi, tengok kelas penuh je! Lecturer pun dah ade, ingatkan baru start lah. Sebab tak terfikir lak boleh salah tengok. 10minit lepas tu. Ada lagi sorang datang lambat. Procedure yang sama. 'What do you bring inside your bag?' Dia bwk test pad dgn alasan buku takde lagi. Nasib baik lah arini ice breaking je, sbb baru 1st class. Tp malangnya, terlepas cerita pasal background dia. Yg dpt tau, dia ex-army. Penah baiki heli ke lori time tengah2 medan perang. Pehhh... Datang kelas awal next time! Tak pernah rugi.

Ah Pit

Wo shi Rafiq/Lafei/Ah Pit.
Wo jin nian shi jiu sui.
Wo de sheng ri zai 18/6/90.
Wo lai zhi Putrajaya.
Wo zai JiLongPo Da Xue nian shui.
Ni jiao shen me ming zi?

:) things i have learned in class maa. i just remember simple2 word only lorh. don't really understand the hardhard word laa. but slowslow improve punya, now can only speak simple2 mandarin. later in the day, who knows i can be a pembaca belita. mandarin punya. :D

xie xie for reading ni men! :D

Monday, July 27, 2009

Aerocarnival '09


Last weekend, Aerocarnival '09 telah diadakan di UniKL MIAT pada 25-26 Julai 2009. Banyak gak acara yg diadakan, semuanya menarik dan berinformatif. Salah satunya dan yang paling menarik ialah helicopter joyride. Semua boleh naik helicopter dgn harga yang berpatutan. Dan lagi satu, mmg favorite aku lah. Fighter pilot pun ada dtg. Mejar Jasni namanya, dari skuadron 11. Kalau tak silaplah. Peh Peh. Melayang2 kepala otak tgk dia. Beliau cerita experience dlm TUDM, dan penah bawa F/A 18D Hornet dan skrg dia bawa SU-30MKM. Ciss, jeles2. Mmg focus gila lah, duduk baris depan lg. Beliau mmg btol2 buat aku semangat dan sangap balik nak tengok dan search info tentang fighter jets. Fighter jets mmg semua org akan minat dari kecik lg, same goes to me. Sbb semangat punya pasal, aku ada beli badge yg fighter pilot pakai kat salah satu booth. Aku beli No. 19 Skuadron 'Tedung Selar' punya. Favorite tuu! Diorang bawa MIG-29N Fulcrum. Sbb pe aku minat? Fighter jet pertama yg aku kenal lah sng cite. Base kat kuantan. Tiap2 tahun sebulan sebelum merdeka mesti diorang buat latihan around kuantan, so bleh tengok dari bilik je. Best best. Lama dah tak tengok.

Pada hari tersebut, aku jadi official photographer. Mcm biase. ClickNSnap Club, kelab foto aku buka booth pada hari kejadian. So kami offer pengunjung utk ambil gmbr di mana-mana mereka nak sekitar tapak karnival dan buat instant printing dgn harga yg murah. Disebabkan offer kami tu power sgt, ktorg jd sampai tak ckup tangan nk buat kerja. Mmg pack org dtg. Camera pun, ntah pakai camera sapa. Asal ada org nak dtg amik gmbr, grab je camera sapa2. Tp tu lah specialnya club ktorang, tak kisah berkongsi camera, sume org dpt lah merasa mcm2 jenis camera. Nak tukar2 lens pun tak jadi masalah. Jadi aku tak sempat lah nak snap gambar utk collection sendiri yg mcm berseni2 tu, ada pun sikit je lah. Bnyk gmbr org je. Ni ada sikit gambar2 yg menarik sepanjang tempoh aku berada di sana. Overall mmg exciting gila buat kerja tu and biase lah penat tu kan...









Sunday, July 26, 2009

Jobs Malaysia






Gambar abang hero kita, the one yg aku cerita dia tebang pokok kelapa kat rumah nenek. Tinggi pokok mmg tinggi pokok kelapa lah. Memang tinggi gila. So ni gambar2 semasa dia berada di pucuk pokok kelapa tu. Tengok cara2 dia tebang pokok. Teknik yang dia guna. Buang semua daun dan buah2 kelapa tu. Dia tinggalkan daun dan buah belah nak ditumbangkan je. Logik, mmg gerenti lah jatuh belah sana kan? N satu lagi, dia ni tak pakai apa2 pun safety equipment. panjat pun macam tu je, guna kaki tangan dia sndiri. boleh tgk kat gmbr yg last tu sbg bukti! jadi tu lah seribu satu cara cari duit. bukan senang nak dapat duit! berjimat cermat lah bila spend duit tu. okay, nak tulis next post lak.

Saturday, July 18, 2009

Harimau Malaya



Harus diberi pujian, satu game yg best skali. Team malaysia byk improve, kena byk lg buat friendly match dgn team yg bagus2 so team player jd lebih confident dan dpt gain byk experience. Drpd match dgn M.U tadi. Mmg nmpk saingan yg diorg beri, lagi2 masa 2nd-half. bagus bagus. :) walaupun satu stadium pakai jersey merah, tp diorg masih bermain dgn baik. ni bermakna diorg sudah kuat dari segi mental. bg penyoking, diorg masih sokong team malaysia walaupun pakai jersi MU. yes, mmg bagus skali. team malaysia mmg perlukan sokongan moral.

Football Vs Quidditch

Hah! MU is here?! Bila plak? tak tau pun :P aha tipu jee. iman is going to bukit jalil. wearing red jersey lah tu. takkan lah yellow plak kan? haha. erm, i tak pergi lah tengok MU. so sebagai ganti, malam ni tengok Harry Potter and The Half Blood Prince. diorang ckp bosan, tp tengok je lah. mana bleh tinggal! walaupun takda quidditch game.

Nightwalk and Pizza

Yes, satu lagi aktiviti di luar kotak jangkaan akal fikiran telah pun berlangsung tadi. Slalu nya, mapley trowong, mapley trowong, mapley trowong, hj. tapah, alamanda, hj. tapah. Tempat yg sama. Oleh krn mmg hampir setiap hari segala aktiviti aku semuanya last minute punya plan. So, arini tergerak hati plak nk blanja diorg pizza. dah lama nk blanja, tp tak kesampaian hajat. So tade hal lah, semua dah biase last minute. Sapa yg taknak yek? Hampir semua anggota pasukan menyertai. 11 anggota termasuk aku iaitu Hilmi, Amey, Lan(cousin amey), Amin, Baya, Cho, Syed, Apin, Bun dan Akmal. berbekalkan 2 Large dan 2 Extra-large dominos pizza mmg confirm2 habis kene sental. Tempat kejadian; bukit taman saujana hijau. tak plan pun, mula2 ingt nk makan tepi tasik je. tp tak mncabar pulak.dah biasa sgt. jd bukit tu mmg pilihan yg diluar jangkaan. gelap gelita. tinggi. tiada orang. berisiko. takpernah naik time malam. jd dgn cekal hatinya ktorang buat nightwalk, pnjat bukit tu. ketua, sarjan mejar amey hakim. hanya dengan satu torchlight amey dan beberapa batang lilin amey.ktorang pn naik. mcm buat nightwalk masuk hutan time kem bina semangat pun ada. smpai kat atas, disambut oleh angin sepoi2 bahasa dan pemandangan waktu malam putrajaya dan area seri kembangan. lepak lama jugak. rasa macam bukan di putrajaya. mcm di kem kem latihan medan. sejuk! meremang bulu roma sbb sejuk. sedap je. rasa nak tidur je kat atas tu. aeroplane pun nmpk besar je. sbb ktorg tinggi. tp takboleh lah kan. so dah kenyang semua, kemas2, turun balik rumah. next time kalau boleh camping kat atas bukit tu pun best gak. baya dah setuju! sapa lagi nak join? calling2.

Friday, July 17, 2009

Potong Tangan Dia!

Zack Kim- Autumn Leaves (Nat King Cole Cover)

Hard Day's Night

Chicago- If You Leave Me Now
Kenapa lagu ni? Sbb suka chorus dia. Rasa nak tertidur bila dengar. Best! Tambah pula, penat seharian buat kerja. Easy Listening songs will be the right choice for me...

p/s: keep listening to my ear. :) a lot more coming. banyak dgr lagu lama. telinga orang tua sket. :P

Thursday, July 16, 2009

Menghela Nafas Lega





















Pass all subjects! :) alhamdulillah, syukur nikmat. boleh teruskan misi dan visi yang ada. kita kena state clearly misi dan visi supaya ada target yang clean and clear.
Misi: pass semua subjects. ada yang baru punya. dapatkan at least 80% utk setiap subject.
Visi: continue study degree. Kalo bleh ke University of Glamorgan, UK. pastu amik licence di sana.
Insyaallah. :) murah rezeki.

Dream to touch the sky.

Wednesday, July 15, 2009

Back to school



Tomorrow, registration for new semester. Bukak sekolah! Excited as ever. Mcm mana tah results ye? Cuakkk.

Better sleep early tonight! :)

Tuesday, July 14, 2009

Local Transmission

Hye! dlm post yg lepas, aku ade post kan tentang H1N1. Skrg ni dah masuk stage 2 dah kot. Local transmission, tak main dah import2 nya. Yg nk dijadikan ceritanya, kwn aku sorg ni yg bernama Cho. roommate dia di UiTM Lendu dah kene. Cho ni balik rumah lak sblum diorg dpt tau ada yg dijangkiti kat sana. Baru lepak dgn dia smlm. Alhamdulillah dia dah gi check, result negative. syukur syukur! but tgk smlm, dia still kurang sihat. takpelah, status dia skrg negative. So be positive about that. Kalo bleh taknak lah ada kenalan yg kene virus ni. Jadi skrg ni kita kne seriouslah. Sbb secara tak langsung, aku pn terlibat gak skrg ni! Haha. Gelak, mmg gelak ah, tp cuak gak. Andai katalah, hmm..jgn jd betul dah lah. okay, andai kata salah seorang antara ktorg positive, semua kene pergi check. Dan sesiapa yg penah berurusan dgn 'mamat positive' ni plak pun kne gi check. Contoh plg sng, mapley2 kat mamak tu. aha. Mmg best lah gi check ramai2, tp yg tak best nya demam ni spesies baru! Bukan demam biasa. Cheating death gak namanya tu. Dont play2 lah. So, jagalah diri. Kalau nak bersin ke batuk ke tutuplah mulut. Mmg adab pun kan. Takkn nk lepas je hingus2 kat kwn sebelah. Kurang2 lah pergi kat tempat ramai org. Bende ni mmg serious, patut dihebahkan. Betul kan? Kalau ada tanda2 demam, selsema dan batuk better gi check ah kat hospital berdekatan.

Sunday, July 12, 2009

Harvesting

Well, awal pagi tadi. Bertolak balik Maran. Rumah nenek zaharah n atok harun. Objektif, kutip buah-buahan tempatan. Sampai rumah nenek dalam 11pagi, family makngah dah ada. Abg GG n Kak yana, Abg boy n kak aiman, kak elin ada. Sampai je, makan dulu. Nasi lemak terbaik dlm dunia. Nenek buat. Kasi kenyang perut. Dah ready semua, barulah start projek! Ada banyak pokok2 buah kat rumah nenek tu. Mcm2 jenis. So banyaklah hasilnya. Boleh jual kat pasar malam or pekan sehari dah. Nak kata byk nya hasil. Tp utk kali ni, rambutan dan manggis. Yang lain mcm cempedak, mata kucing, ciku takde. Takpe. Next time.

Mula2 start dgn rambutan. Buah rambutan lah yg paling banyak! Boleh petik guna tangan je. Ada banyak pokok rambutan kat rumah nenek. Start warming up dgn kutip dulu mana2 yg jatuh. Agak2 dah panas badan tu, start kait. Last2, panjat gak lah pokok tu. Nak capai yg tinggi2. Ada yg guna tangga je. Rambutan nenek semuanya manis2. Sedap! Merah2 je. Tp aku suka yg color kuning. Tak tau kenapa. Feel gila bila masuk dalam mulut. Still manis.

Pastu kutip buah manggis pulak. kutip je lah, tak panjat. Abg GG yg panjat. Manggis, biase je lah.main tunjuk je mana yg dah masak. Payah gak nak cari. Pokok rapat2, jadi buah terhalang dgn daun2.

Pastu durian. Yang ni tak leh nak petik, tak leh nak kait. Sbb atok gi beli. HAHA. D24, mantap gak.

Pastu kelapa. Yang ni secara kebetulan. Atok nak tebang pokok kelapa sbb tinggi sgt! Tak tau nk agak berapa tinggi, tp main agak2 dgn abg boy, adalah dekat 10meter. approximately lahh. So yg menariknya, penebang pokok ni. Dia panjat pokok yg tinggi tu, guna tangan dgn kaki dia je. Nenek ckp dia sorg je bleh panjat camtu kat Maran. Hebat jugak lah. Mula2 dia buang semua buah kelapa yg ada, then tebas semua daun2, tinggal yang belah mana dia nak tumbangkan pokok tu. Buat sebagai pemberat lah. Masa dia nak buang semua buah dan daun tu, dia bergerak kat atas pokok tu. Dgn angin yg agak kuat masa dia kat atas tu, kat puncak, bleh nampak pokok kelapa tu bergoyang! Ngeri juga. Tp dia boleh nyanyi lagi. Tak tau lagu pe, dgr 'lalalala'. Kadang2 dengar juga dia cakap sorang2 kat atas tu. Ntah apa tah dia cakap. Tp memang tinggi. Serious cakap! Kagum juga dengan skill dia tu. Respect gila. Macam yg kita tau, pokok kelapa ada banyak guna. Titi, penyapu, air, mcm2 ah. And salah satunya ialah punca rezeki orang. Mcm otai sorg ni! Not much, tp okay lah dgn skill dia tu. Dia berjaya tebang pokok tu. Memang terer, pokok tumbang belah sana. Kalo tumbang belah sini, roboh gak lah rumah atok! haha! Tp sbb tu lah dia bleh buat keje tu kan? Nak tengok tinggi mana pokok tu? gambar ada dalam kamera makngah. Snap jugak, mane bleh lepas! Cuma guna kamera org ah. Tak bawa kamera tadi, takda bateri. heh. rugi gak. Nanti kalau dapat gambar2 tu, boleh lah upload.

So, utk lunch. nenek masak makanan favorite of all time, ikan patin masak tempoyak. Peh peh, terbaik! ditambah pula dengan hasil2 buah tempatan yg ktorang kutip tadi, dan air kelapa free lagi. Memang berbaloi. Itulah hari yang best kat rumah nenek. Petang, lepas tido, balik!
"my mind is telling me NO, but my body is telling me YES"

Saturday, July 11, 2009

Circus Maximus - Sane to More

Lagu bagi kuat semangat.

PENAT!
macam-macam jadi hari ini.


*sedih baca pasal wook. nenek yg berusia sratus tahun lebih, telah berkahwin dgn seorang lelaki yg tidak bertanggungjawab. ishh. dunia.

Friday, July 10, 2009

3 Minutes

I met somebody for just three minutes just now. Have you ever met somebody for that short time period, when you knew that you should've met them for much longer time? It was to short! Imagine. The clock starts counting when I met my buddy ni lah. It all started with a bright, broad smile. There were kids playing around. For my introduction, I asked some basic, common questions. I got basic, common, same old type of answer. "Yeah,Okay je". Then, I took a glance look straight into her eyes. by now, tak dengar dah budak2 tu jerit2. A lot of questions are coming out of my brain, don't know which one to choose. Huh, my body started to sweat.A lot. I asked the same question again, for the second time. HAHA. No idea. Poor boy. And then, the world became much more smaller than it was before we met. Asked one last question. HAHA. Rasa nak minum air plak. Cuak. get back into my car. Kirim salam semua. go back home. I met her in just 3 minutes. HAH? APA NI? Berbaloi tak? Apa cite ni? Berbaloilah jugak. HAHAHA! Ish, rafiq, rafiq. you can stand, talk, sing, perform in front of thousands of people. But when it comes this type of situation, when you have to face this pretty young girl *cough*, whats up bro? haha. tell me laa. heh. you're still the same guy haa.tau cuakk. haha. nice meeting you baby. TET! Tak faham.

Thursday, July 9, 2009

Kittie!

Coco (Left)And Anne (Right)






So, nampaknya nenek dah booking sekor. And makdik pun dah booking. Takleh pilih yang mana nk amik. HAHAHA. Ktorg yg bagi! :P

Meow meow

Anne, bersalin pagi tadi.gahahah! ade 4 ekor, but sekor mati. so tinggal 3. sekor putih, sekor orange n sekor hitam. saksi kejadian adalah Coco. tp dia bantai tidur kat dlm kotak yg ktorg bg pd Anne. Anne beranak kat luar. ciit! tak guna nya Coco. ade gak kene flying kick ni.

Cont'd: I'm just the responding variable.

this is the respond made by Tun Dr. Mahathir regarding this issue. Click Here.
personally, i do agree with his statement. but nothing much that i can do.
i think that they should give more time to observe those students who started to learn mathematics and science in english in the primary school to finish their SPM and see their performance. i believe that they will give a good result.
my batch were the first batch who started the PPSMI program when we were in form 1. at our time, it was like an experiment. everything was on the developing phase, not much facilities. there was a lot of changes such as text books, and work books. things were unpredictable. the teachers were not prepared. they were lack of training, because they have been trained to teach in BM. but they should carry on these program. it was a good one. give enough training to the teachers. and things will be okay as the student will slowly get used with the terms and especially english language. They should be more optimistic about it. hah. penat.

Wednesday, July 8, 2009

I'm just the responding variable.



Interesting topic today, English and Mathematics will be tought in Bahasa again. As for me, it has been a great experience struggling to learn maths and other science subjects in English. I could understand it well eventhough my SPM result are telling me the other way round. HAHAHA. Actually, it was really interesting as well as easy to learn especially science subject such as Biology, Chemistry and Physics in english. I found out that it is a little bit easier to read and understand when I'm reading...err, non-academic book at MPH or wherever, because I already understood the terms that they use. So i just have to figure out the concept or whatever lahh. Many of the books outthere are in English. I don't have to translate the terms as I learned it in english. As for me, those science terms are quite funny when it is being translated to Bahasa Melayu. As an example, the 'unknown' = 'anu' in Bahasa Melayu. There are a lot more terms that sounds funny. I was laughing out loud in the library when I found out the meaning. Nevermind. Just telling you my thoughts. Hmm, I don't know what to say, for some people it is a a turning point for them as they can really understand what they learn in class when those subjects are being teach in Bahasa Melayu again soon. The important thing is, the 'P&P' process. 'Pengajaran dan Pembelajaran'. rasanya. It is important for the teacher to make sure that their students understand the topic that they teached. Right? And one more, I think for those teacher who find it difficult to teach their subjects in english, this might be the most exciting news for you. Because not all the teacher teached me 100% in english. Personally, I don't mind that. I could understand better when they explained it in Bahasa Melayu. "My english is also not good mehh. Dont worry lah teacher". Some of them might say, "Susah nak ajar dalam english. Budak2 tak paham, kite ni lagi lah nya.Pening dibuatnya". Even worst, one of my teacher was crying and asked to teach other class, other subject because we could'nt understand what she was saying! It was a nightmare for her. She did'nt enter our class since that. Replaced by a new teacher. Well, thats all for now. Lastly, shout out to all my teachers. I want to thank them for their hardwork, teaching me and my friends, their courage to stand in front of the class eventhough they know that their english is poor, their willingness to teach us even we were quite playful in class. You deserve one of the highest rank in everybody's heart. You gave me a wonderful experience in school. Thank you.

Tuesday, July 7, 2009

Nokia 3310


" The number you have dialled, is not in service. Please try again later."

Done some reading on the effects of using handphone to human body. These are some interesting facts.

1) Some of the radio waves emitted by handphones are actually being absorbed by our head!
2) Our head's temperature will increase while we are using the phone and after we use it.
3) No increase in risk of cancer for short period use. But for the long term use of handphone, no firm conclusion has been made.
4) Tumor are more likely occur on the side of the head that handphone is used.
5) One hour of handphone used per day increases tumor risk after ten years or more.
6) Use of handphone before the age of 20 increases the risk of brain tumor by 5.2% compare to all age that is 1.4%.
7) Handphone are more hazardous than smoking.
8) Electromagnetic field for Wifi are less than handphone.



Recommendations.

1) Use hands-free. It will decrease the radiation to the head.
2) Keep mobile phone away from body.
3) Limit the use of handphone to children.


and the best of all, do not use handphone while driving! HAHA.


Monday, July 6, 2009

Kanan ke kiri?


Buat kuiz di Facebook, keputusan yang baik.

Rafiq cederung berfikir menggunakan : KANAN.

kreatif,global (tgk sesuatu dlm konteks menyeluruh),deductive (tgk general dlu br specific),simultaneous atau multifunctional (bole wat keje byk2 dlm satu masa,pandai melukis, bermain lagu, menyanyi, mereka bentuk,bersifat emosi dan bertindak secara mengikut perasaan,lebih suka berkhayal,mempunyai kuasa gerak hati yang kuat, besar kemungkinan sangat cerdik dan mereka mungkin akan sesat dalam dunia imaginasi.
Wondergirls- Nobody
p/s: yang rapping tu, she's mine! =P
hafal dance step masa chorus please.

Sunday, July 5, 2009

Goodbye Bille Jean ='(

I grew up listening to his songs. Teringat masa kecik, terpengaruh dengan dia. Belajar buat moonwalk, cara dia pakai topi, pernah gak tiru hairstyle dia, tak faham lirik billie jean, WOOOH! suka gila bila dia buat macam tu! Banyak lagiiii....!

1) Billie Jean
2) Thriller
3) You are not alone
4) Heal the World
5) Black and White
6) Earth's Song
7) Rock with You
8) P.Y.T Pretty Young Thing
9) I'll be there
10) ABC
11) Senang cerita, semua suka ahh!

You really inspires me somehow. You make my childhood full of questions and imaginations with no answers. You are my peterpan. You are not alone. Love you, MJ.
"You can found me anywhere on the net! Too many social networks!"
rafiq.

Sleeping Paralysis



I'd experienced sleeping paralysis yesterday. HAHA, it was very confusing, it feels like i'm awake, but i'm not, i was dreaming! i can feel everything around me, but i just can't move. i can only move my eyes. it lasted for quite a long time. all i want to do is wake up! the funny thing is, when i 'successfully' wake up, i get back to sleep because i was too sleepy lah. and it happened again. i already get used with all those frightening feelings. i can think like i am awake. i wake up internally, but my eyes are not open and i can hear everything going on around me. sometimes, it is scary how i felt like somebody is watching, how they making scary noises, how they talked to me, how i am in the other world. and i even scold 'them' for disturbing me. i still remember the first time when i had sleeping paralyzed. i can't move! so i was screaming, but no one can hear me! so i wanted to get up but i felt like somebody was holding on my hand, and i tried hard to move for about 5minutes, until suddenly i woke up and i punched the wall next to my bed. SAKIT DOE! 100% of punching power. haha. i had experienced it for quite a number of times. and there was a time when i felt like i was flying, like i was slowly fly out of my body through my head and i can see my feet, my hands and the position of my body was exactly the same when i was sleeping! then, something came out of my mind "eh, aku dah mati ke? kenapa tak sakit? Nabi pun sakit. tapi kenapa kat sini plak, sebelah ramzani? (my college)" you don't want to look upon yourself sleeping and knowing that you are 'flying' to nowhere. it was like 3rd point of view. and it was SCARY! but it was all hallucination. so don't worry. menginsafkan juga. when i had this sleeping disorder, there is a lot of story to tell. haha. as i am very imaginative, so my dream is also creative, funny, ntah apa apa. haha. i'd read one of the article that tells us about sleeping paralysis. it was a good one. if you had the same sleeping experience as mine or you never experienced it at all, you may want to read at this article. so that you don't feel panic. Click here

"I often got stucked in the middle of those wrong decision that I'd made"
rafiq

#2 H1N1

Memandangkan situasi jangkitan virus H1N1 yang telah merebak di Malaysia sekarang, memang logiklah aku duduk di rumah sehari suntuk. Maklumat terkini menyatakan bahawa sudah ada jangkitan di Cheras. DEKAT DAH TU! Jadi, ada beberapa langkah yang patut dititikberatkan oleh kita.
1) Pakai topeng.
2) Duduk je di rumah. Bangun, makan, tengok tv, online, main game, tidur balik.
3) Pergi jumpa doktor sekiranya anda demam. Tidak semestinya ada dijangkiti H1N1, mungkin juga demam denggi. Simptom H1N1 ini adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah.

Aku pun terpaksa berfikir dua kali untuk pergi berenang di kolam renang awam. Tapi buat dekkk je lah. Dan aktiviti melepak pun sedikit berkurangan. Beberapa minggu yang lepas, terjumpa seorang makcik yang memakai topeng semasa berada di Alamanda. Ini cukup untuk membuktikan bahawa penularan wabak penyakit ini sememangnya tidak harus dipandang ringan! Namun begitu, setakat ini, kes penularan di Malaysia masih terkawal. Kepada sesiapa yang baru balik dari luar negara, anda dinasihatkan untuk mengikut 10 langkah yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu home quarantine. Tekan sini.


Untuk maklumat lanjut dan laporan terkini, sila ke www.moh.gov.my

#1 Pening

"Don't know which one to choose!"
rafiq.