Monday, July 27, 2009

Aerocarnival '09


Last weekend, Aerocarnival '09 telah diadakan di UniKL MIAT pada 25-26 Julai 2009. Banyak gak acara yg diadakan, semuanya menarik dan berinformatif. Salah satunya dan yang paling menarik ialah helicopter joyride. Semua boleh naik helicopter dgn harga yang berpatutan. Dan lagi satu, mmg favorite aku lah. Fighter pilot pun ada dtg. Mejar Jasni namanya, dari skuadron 11. Kalau tak silaplah. Peh Peh. Melayang2 kepala otak tgk dia. Beliau cerita experience dlm TUDM, dan penah bawa F/A 18D Hornet dan skrg dia bawa SU-30MKM. Ciss, jeles2. Mmg focus gila lah, duduk baris depan lg. Beliau mmg btol2 buat aku semangat dan sangap balik nak tengok dan search info tentang fighter jets. Fighter jets mmg semua org akan minat dari kecik lg, same goes to me. Sbb semangat punya pasal, aku ada beli badge yg fighter pilot pakai kat salah satu booth. Aku beli No. 19 Skuadron 'Tedung Selar' punya. Favorite tuu! Diorang bawa MIG-29N Fulcrum. Sbb pe aku minat? Fighter jet pertama yg aku kenal lah sng cite. Base kat kuantan. Tiap2 tahun sebulan sebelum merdeka mesti diorang buat latihan around kuantan, so bleh tengok dari bilik je. Best best. Lama dah tak tengok.

Pada hari tersebut, aku jadi official photographer. Mcm biase. ClickNSnap Club, kelab foto aku buka booth pada hari kejadian. So kami offer pengunjung utk ambil gmbr di mana-mana mereka nak sekitar tapak karnival dan buat instant printing dgn harga yg murah. Disebabkan offer kami tu power sgt, ktorg jd sampai tak ckup tangan nk buat kerja. Mmg pack org dtg. Camera pun, ntah pakai camera sapa. Asal ada org nak dtg amik gmbr, grab je camera sapa2. Tp tu lah specialnya club ktorang, tak kisah berkongsi camera, sume org dpt lah merasa mcm2 jenis camera. Nak tukar2 lens pun tak jadi masalah. Jadi aku tak sempat lah nak snap gambar utk collection sendiri yg mcm berseni2 tu, ada pun sikit je lah. Bnyk gmbr org je. Ni ada sikit gambar2 yg menarik sepanjang tempoh aku berada di sana. Overall mmg exciting gila buat kerja tu and biase lah penat tu kan...









No comments:

Post a Comment