Wednesday, August 12, 2009

Selipar

Selipar. Dia adalah seperti belia biasa di zaman IT, asal ada masa terluang dia online. Boleh dikatakan dia ni hantu online. Ini kerana dia suka berkomunikasi bersama rakan2nya melalui internet malah, baca surat khabar pun di internet. Namun, pada hari itu tak ramai pula yg online. Dia mulai bosan. Dah takda modal dah. Baca paper dah, tengok youtube pun dah, check facebook, dah. Semuanya dah. Matanya mula kuyu, mukanya yang ceria mula layu. Hari pun sudah hampir lewat malam. Masih tiada yang online. Sedang asyik mendengar lagu dan melihat gambar2 di internet, dia terbayang akan Kuala Lumpur pada waktu malam. Meriah. Warna warni lampu. Masih lagi sibuk. Tidaklah senyap sunyi je mcm dlm biliknya. Dia mula mencari telefon bimbitnya. Dia menghantar SMS kepada rakan2nya bertanyakan lokasi dan sebagainya. Tak lama selepas itu, seorang dari rakannya membalas " weyh, aku kat restoran dapur mas. makan. mai lah dtg." Tanpa melengahkan masa, dia terus bangkit dari kerusi dan terus menuju ke sana.

Sampai je di sana, kawan2 semua dah habis makan. "kenapa tak tunggu aku?" sapanya. "Kau lambat sangat! semua dah habis makan" jawab rakannya, Rantai Gigi. Selipar pun duduk lah di situ. ada beberapa lagi rakan Selipar makan sama2, kelihatan mereka sedang sibuk berbincang. "korang cite ape ni?" tanya Selipar. "gi downtown jom!" jawab Rantai Gigi dgn mukanya tersenyum lebar. "HAH! bijak gak tu! aku baru terfikir pasal KL tadi." kata Selipar. "kene fikir transport lah mcm mana." kata Rantai Gigi. kemudian kami pun berbincanglah. selepas beberapa minit, tambah tolak bahagi darab, semua setuju nak naik motor. lagipun Selipar dah lama tak naik motor. its gonna be fun! jadi mula lah bertolak. namun tiba2 Dompet, rakan Selipar berbisik. "naik kete kau lah Selipar, aku sanggup bayar minyak. taknak naik motor dgn Lalat". Selipar pun setuju. jadi naik lah kereta. nak dijadikan cerita, tiba2 je Tayar sampai. Tayar bawa kereta dia. Tayar tak tau apa2, dia sampai2 je semua dah pergi kecuali Selipar dan Dompet. Selipar malas nak drive, jadi dia ajak lah Tayar join skali. Tayar setuju. Selipar, Tayar dan Dompet naik lah kereta ke downtown.

Sampai je di sana, terasa lah hidupnya KL pada waktu malam. Dapat lihat peniaga2 kecil sedang sibuk promote barang masing. Kedengaran lagu merdu yg dimainkan oleh buskers. Bau makanan yang menyelerakan. Terasa sejuk dingin malam menusuk ke kulit masing2. Selipar dan kawan2 memulakan misi mereka. Hampir semua jenis barang ada di sana. Setelah hampir 2jam keliling downtown, mereka pun balik la. Masing2 dah beli barang yg menjadi idaman. Selipar dapat selipar baru. Dompet dapat dompet baru. Rantai dapat rantai baru. Beg pun dapat beg baru. Semuanya balik dgn muka seperti gajah. Happy je. Dalam keadaan sedar tak sedar, Tayar yg tak plan beli apa2, balik dgn tangan kosong. Dalam keriuhan downtown tu, masing2 terdengar seruan perut mereka yg memerlukan makanan. Jadi mereka semua decide makan di restoran berhampiran. Rantai Gigi pun memberi idea. "JOM, aku tau kedai nasi lemak sedap!" Jadi semua pun ikut lah dia. Smpai je di sana, mereka pun makan lah nasi lemak. Selipar order skali, namun begitu dia tak suka nasi lemak tersebut kerana ia dicampur dgn halia. Begitu juga dgn Dompet. Tayar dan Rantai Gigi sental habis nasi lemak halia tu. Sedar tak sedar, malam pun mulai lanjut. Sudah pukul 3 pagi. Mereka pun bertolak pulang ke rumah dgn keadaan masing2 kekenyangan.

Dalam perjalanan pulang; Rantai Gigi, Tayar, Dompet dan Selipar naik kereta. Beg dan yang lain naik motor. Sedang tenang menyusuri sungai tar di Kuala Lumpur, Tayar perasan ada sebuah kereta dipandu oleh kaum hawa. Tayar pun memandu perlahan belakang kereta itu. Beg dengan excitednya mengikut rapat belakang kereta itu. Tayar tidak mahu terlepas simpang utk pulang ke rumah. Kereta di hadapannya pun mula perlahan dan masuk ke simpang yg sepatutnya. Mungkin mereka menghala ke destinasi yang sama. Namun begitu, Beg dengan macho nya ikut rapat kereta tu, tapi dia tak perasan yg sepatutnya dia masuk ke simpang keluar tersebut. Terlepas lah simpang pulang ke rumah. Sedangkan kereta itu ikut jalan yg sama pulang ke rumah mereka. Tayar dan semua yang berada di dalam keretanya tergelak besar. "Mesti dia tengok blakang, 'eh! mana diorang?!' " lawak Rantai. HAHA. memang pun.

Jadi, Tayar pun berhenti lah di tepi jalan, sambil tunggu Beg. Penat. Tergelak lagi. Mcm2 lah terjadi. Namun tak habis di situ je. Di kawasan tu, ada terbau tahi anjing. Kuat juga bau nya. Pada mulanya semua buat tak tau je pada bau tersebut. Sehinggalah Selipar ternampak tahi anjing setepek melekat pada tayar kereta Tayar! haha, memang lah lawak. Habis semua dia sapu. Semua dah tak tahan dah bau tahi tu, makin lama makin kuat. Psychology lah kan. Dah duk terfikir je bau tu, mmg lah lagi kuat. Nasib baik beberapa minit lepas tu, Beg pun sampai di tempat Selipar dan rakan2 janjikan. Mereka pun sambung balik perjalanan pulang.

Dalam perjalanan, Tayar mula merasa tidak selesa kerana memikirkan tahi anjing yg melekat dia tayar keretanya. Keadaan jalan pada masa itu teramatlah lancarnya. Tiada langsung kereta. Jadi Tayar mula memandu ke kiri dan ke kanan, mengharapkan tahi itu akan hilang. Lepas tu, ada seorang belia ni, bawa motornya slow je dia bahagian kiri jalan. Tayar pun lintas lah. Sedang Tayar melintas motor tersebut, jalan agak bumpy. Selipar ternampak mamat ni punya helmet bergoyang mcm nak tercabut dah. Motornya dah mcm roller coaster, disebabkan jalan yg tak rata. Selipar tergelak besar! Tak disangkakan, Rantai dan Dompet pun nampak. Nak pecah perut lah semua gelak kat mamat motor tu. Dah la keding, helmet longgar, pakai baju safety yg hijau tu, mcm polis; motor plak henjut mcm dah nak roboh. Kesian tapi lawak. Tak tahan gelak lah masing2.

Tiba2 Selipar mula rasa tidak selesa. Terasa macam nak muntah. Tak tau kenapa. Dia teruskan jugak gelak separuh nyawa sebab Rantai duk tambah2 plak lawak dia. Dah settle down semua, Tayar buat balik dia punya skill hilangkan tahi di tayar kereta dia. Selipar mula loya. Dgn jln yg tak rata, tambah pula dipandu laju kiri dan kanan. Selipar meminta Tayar berhenti. "Stop jap tepi jalan weyh! aku pening lah. rasa nak muntah." Tayar pun berhenti lah. Selipar pun terus muntah. Tayar dan yg lain tak perasan yg Selipar muntah, diorang sibuk kat tayar kereta Tayar. "Weyh, taik tu dah hilang sket ah weyh! Smart kan aku punya skill?" kata Tayar. Tahi tu dah mula hilang. Bau pun kurang. Selipar mulai rasa selesa kembali, utk tidak melengahkan masa, mereka smbung lah balik perjalanan. "Tayar, kau jgn bwk laju sgt, aku rasa tak selesa lg ni." kata Selipar pada Tayar. Namun begitu, Tayar mengendahkan pesanan Selipar. Dia buat lagi skill baik dia tu. Selipar mula rasa loya balik. BWEKKKK!!! Terus termuntah dalam kereta. Dompet yg duduk di sebelah Selipar, terkejut dan menjerit " Weyh! Selipar muntah! eee!". Tayar pun terkejut dan terus berhenti dia tepi jalan. Muntah Selipar ada terkena sikit kat dlm kereta. "Padan muka kau, tu lah aku ckp, jgn bawak laju, dah muntah dah." kata Selipar pada Tayar. Tayar pun tak boleh nak marah lah. Selipar pun cuci lah sisa2 muntah nya guna air wiper kereta. Hah, nasib baik ada sumber air. Selesai cuci, Selipar pun ckp. "Jom lah balik, aku dah okay. Lambat dah ni, dah nak dekat subuh." Mereka pun balik lah. Kali ni, Tayar bawa slow je kereta dia, takut Selipar muntah balik. "Weyh, dah la. Bawa je laju, perut aku dah okay. Nasi lemak halia tadi buat aku loya kot. Dah la perut penuh." kata Selipar pada Tayar.

Begitu lah pengakhirannya satu malam yg penuh dgn dugaan. Bermula dgn downtown, tak plan beli apa2 tapi beli gak. Nasi lemak halia yg Selipar tak minat, tp makan smpai kenyang gak. Beg yg duk cucuk2 kereta org, salah jalan plak. Tayar yg tayar keretanya terlenyek taik anjing. Selipar yg muntah banyak mungkin disebabkan oleh rantaianb kejadian yg berlaku pada malam itu. Walaupun cerita ini mungkin memberi contoh yg tak baik. Tp ia adalah salah satu pengalaman yg menarik kerana sebelum ini, Selipar tak pernah pun muntah dalam kereta. The End.

No comments:

Post a Comment