Saturday, August 15, 2009

Petronas

Perasan tak, asal ada accident je. Mesti meriah. Ramai dtg tgk. Tunggu. Cerita mcm mana terjadi.
"Parah ke?" "Berapa org dlm kete?" "Ni berapa lah insurance nya yek?" "ni first party ke third party?"
Kalau di highway, traffic jam smpai dekat 10km. Kalau kat jalan yg terlibat takpe, ini yg dari arah bertentangan, mmg takde kene ngene pun jam. Tambah plak time tu jugak lah ambulans nak lalu. Polis, Peronda Lebuhraya, lori towing. Haru dibuatnya.
Cerita pasal towing, elok je 2 minit lepas kejadian. Pasti ada yg dtg dan offer. "Abg duk mana? Putrajaya? Bengkel saya di Puchong ada, Serdang ada, Seri Kembangan ada, Dengkil pun ada." Tak sampai lagi 2minit, tak sempat fikir lg. Sorang lg. "Bang, free of charge punya. Lori smpai jap lg. On the way." Pening dah kat situ, sampai lg sorang! "Bang, saya punya lori, tu depan tu je. dah sampai dah pun. Bayar kat bengkel, kira settle lah skrg." Macam2.
0115 hrs.
Pada waktu dan ketika ini. Pagi-pagi buta yg dingin. Ketika semua sedang lena. Aktiviti aku masih lg berjalan lancar, ikut kan hati nak balik. Penat weyh. Otw balik amin sms, "dtg petronas 9, aku sorg ni." Pegi lah jugak.

0120 hrs.
Sampai je. Senyap sunyi. Kosong. nampak Amin sorang kat petronas. Duduk kat keta dia. Pegang hndphone, nak msg aku lah tu. Hari plak sejuk, mcm nk hujan. Sedap tido ni. Cengkerik tgh meriah mengalunkan lagu mereka. aku pun tak tau nak buat pe. duduk lah situ kejap. lyn dia. kesian plak. lama tunggu. sorang2. petrol station plak tu.

0124 hrs.
SCREEETTTT!!! BAMM!
"ahh pulak, drift lg ke?" sebelum ni di alamanda, ada mamat mana drift btol2 blkg bontot aku. kuang ajo. melompat aku terkejut.
tgk2 accident. pelik jugak lah mcm mana dia accident. di traffic light, nak masuk kanan. mungkin kereta dari arah bertentangan laju, dia terkejut dan cuba elak. smpat tgk sket je, kereta tu naik atas divider. masuk jln sblh sana mnghadap arah bertentangan. spinning jugak lah kereta tu. payah nak cite. pendek cite, nasib baik tak terbalik. drivernya seorang wanita. alhamdulillah, takda apa2. terkejut je mungkin.

0130 hrs.
MERIAH LAH PULAK PETRONAS TU! serious ramai pulak dtg isi minyak. tak masuk org dtg tgk. org jln slow nk tgk. abg towing, encik polis. daripada senyap sunyi tu. meriah jadinya. lori tangki 2 biji datang masuk. mat moto lagi. mat kete tak yah ckp ah. kete wira, drive mcm bmw. rimas2. plg best, dan plak counter tu kene bratur. haha. 5minit tadi sunyi sepi. bangla jage counter terhangguk-hangguk tahan mata. aku buat tak tau je lah.

nak cerita nya yg bagaimana suasana boleh berubah dlm masa yg singkat. aku berada di sana daripada keadaan senyap sunyi sampai lah busy mcm pukul 8mlm. semuanya disebabkan oleh satu kejadian. ok? drive safely. baca doa naik kenderaan. jgn lupa plak. alright, ckup stakat ni. bye.

2 comments: