Friday, July 31, 2009

Si Penggali Kubur

Kejadian berlaku malam semalam. Aku, Hilmi dan Nafis(Baya) nak pegi Alamanda. Kareoke sat. Hilmi sangap. So diorang dtg lah rumah aku naik motor. Kebetulan pula time tu kereta takde, iman bawa. So nak tanak, kene lah diorg bawa aku naik motor. HAHAHA! Pandai tu, menggunakan aku. Bawa motor smpai umah aku, then naik kete ke alamanda. Takpat ah jeb! So ktorg patah balik ke mapley terowong di Presint 9. Aku dan Baya tunggu kat situ, Hilmi gi amik helmet lebih kat rumah dia. Sampai2 je dia kat mapley bersama-sama dengan helmet, dia cakap. "Weyh, ada kucing mati doe kat depan rumah aku! Camne ni? Aku tak tau nak buat pe." Aku dgn Baya tkejutlah. Tiba2 lak Hilmi ada kucing. Tak pernah2 plak. So aku dgn Baya decide, tak yah ah kareoke. Gi settlekan problem Hilmi. Pastu makan. Sbb Baya lapar gila time tu.

Sampai2 je kat rumah Hilmi. Yes, mmg ada kucing tu kat depan pintu rumah dia. Hilmi ckp agaknya dia mati lemas time orang fogging nyamuk petang tadi. Kesian jugak. Hilmi bleh plak cakap nk buang dalam plastik je. Dia suruh aku dgn baya angkat. Dia geli. HAHA. Tp aku dgn baya cepat2 amik cangkul, gi cari port jauh sket. Hilmi suruh tanam depan rumah dia je. Tp takkan lah kan, baya ckp kang jd kuntilanak. Haha ntah pape. Dah dapat spot, aku pun start ah menggali. Maka bermulalah episod pengalaman yg tak dpt dilupakan. Spot ni agak jauh dari rumah Hilmi, tp di laluan pejalan kaki sebelah rumah jiran dia dekat dgn taman permainan. Haha. Asal jauh sket dari rumah Hilmi dah ah kan. Aku dan Baya gali lah lubang, semetara tu Hilmi dtg bawa kucing tu. Boleh plak. Tadi cakap geli. Tp style dia bawa agak kejam ah. Guna kain, pegang kaki belakang, kepala dan ekor cm terjuntai je. Aduhhh.. Then teruskan menggali. Kena gali dalam so tak berbau, Hilmi bantai malas nak gali dalam2. Cuak ape tah. Agak2 dah ckup dalam tu, letaklah kucing tu ke liang lahad dia. Sbb aku dgn baya hanya ukur untuk panjang kucing tu, jadi kaki dia tak muat lah nak masuk. Masing2 dah cuak. Buatnya macam jenazah manusia. Tp kucing mana ada dosa pahala kan? So takde pe lah kot. Hilmi bengkok kan kaki depan dan blkg dia mcm dia tgh duduk. Pastu, dia ckp. Mayat dia ni tak sakit ke haa, aku bengkokkan kaki dia? Aku pun tak tau lah. Diam je. Nampak comel plak kucing tu kat dalam tu. Ngam2 je. Aku pun start lah kambuskan kucing tu. Tengah2 kambus tu, terasa sedih plak tengok. Pilu je. Aku start dari ekor, bila smpai leher je, aku bg baya buat. Sedih ah. Baya pun sama. Dah siap kambus, pening plak nak tanda camne. Baya bantai nak buat batu nisan guna ranting kayu. Aku tgk cm budak2 main2 je nnt. Aishh pening gak. Aku ingt nk biar kan je cmtu. Baya fikir budak2 main2 pasir plak kang. Last2 guna kain yg hilmi guna utk bawa kucing tu je. Letak je kat situ. Aduhh. Pelik2 ah. Selesai je kerja, aku plak jd lapar sbb penat menggali. Tp baru sikit. Cmne lah org yg menggali kubur utk kita tu. Dalam tu.

Sbg renungan, segalanya berlaku dgn sekelip mata. Even kematian. Dan kejadian tu pun berlaku mungkin juga takdir Hilmi lah. Tak tau kucing sapa, mati depan rumah dia. Bak kata aku dan baya "Kucing tu percaya kat kau mi utk uruskan mayat dia, sbb tu dia mati depan rumah kau". Ntah pape. Anyway, satu pengalaman yg berharga. Baya ada record video time aku tgh korek liang lahad tu. Tp kejap je. Dia cuak takut ada pape pelik. Paranoid plak dah. Okay, kalau dpt, aku letak. Bye.

Thursday, July 30, 2009

Early Bird Catches Worm

Ahh, patut lah cepat je budak2 ni sampai kelas! Selalunya, kosong je time2 camni. Aku pun dengan segannya sikit2, dapatlah masuk kelas. Dan kelas pun sambung balik macam biasa.

Rfq: Assalamualaikum! (masuk kelas, semua usha) Sorry sir I'm late.
Lecturer: Walaikumussalam. Haa, why are you late?
Rfq: Err, just arrived from home.
Lecturer: *sigh sket* Saya pun dari rumah juga.
Rfq: Teman mak pergi pasar tadi. ( Muka mmg confident, bajet bleh convince dia lah)
(Whole class gelak besar!)
Lecturer: HAHAHA! Kamu ni. Don't have any other excuse ke? Your class ni memang bagi alasan pelik2 ke? Tadi kena hantar kakak ke UPM lah. Are you sure?
Rfq: (Pelik. siapa plak? ohh syahmi... dia slalu hantar kakak dia.) Ye sir, I'm serious.
*diam kejap*
Rfq: Sorry sir, lambat dua minit je. (sambil confident je tengok jam)
(Tiba2 sapa tah ckp, dua minit apa nya? lama kot!)
Syahmi: Start start pukul 11am. (Time tu, exactly 11.32am.)
Rfq: *tepuk dahi* (tak tau nak ckp pe. stick je lah kat alasan tadi, senang sket.)
Lecturer: So, tell me what is inside your bag? What book do you bring?
Rfq: Err, I bring my Aircraft Instrument book and some blank papers. (dia punya kelas, Air Legislation. tapi tak dapat buku lagi.)
Lecturer: Hah. belajar lah aircraft instrument sorang2. sign your attendance, masuk.
Rfq: (Baik plak dia ni, selamatt!)

So, lesson nya. Tengok lah jadual btol2. serious, mmg ingtkan kelas start pukul 1130am. Tp dah terlambat dah 30minit. Patutlah time aku sampai tadi, tengok kelas penuh je! Lecturer pun dah ade, ingatkan baru start lah. Sebab tak terfikir lak boleh salah tengok. 10minit lepas tu. Ada lagi sorang datang lambat. Procedure yang sama. 'What do you bring inside your bag?' Dia bwk test pad dgn alasan buku takde lagi. Nasib baik lah arini ice breaking je, sbb baru 1st class. Tp malangnya, terlepas cerita pasal background dia. Yg dpt tau, dia ex-army. Penah baiki heli ke lori time tengah2 medan perang. Pehhh... Datang kelas awal next time! Tak pernah rugi.

Ah Pit

Wo shi Rafiq/Lafei/Ah Pit.
Wo jin nian shi jiu sui.
Wo de sheng ri zai 18/6/90.
Wo lai zhi Putrajaya.
Wo zai JiLongPo Da Xue nian shui.
Ni jiao shen me ming zi?

:) things i have learned in class maa. i just remember simple2 word only lorh. don't really understand the hardhard word laa. but slowslow improve punya, now can only speak simple2 mandarin. later in the day, who knows i can be a pembaca belita. mandarin punya. :D

xie xie for reading ni men! :D

Monday, July 27, 2009

Aerocarnival '09


Last weekend, Aerocarnival '09 telah diadakan di UniKL MIAT pada 25-26 Julai 2009. Banyak gak acara yg diadakan, semuanya menarik dan berinformatif. Salah satunya dan yang paling menarik ialah helicopter joyride. Semua boleh naik helicopter dgn harga yang berpatutan. Dan lagi satu, mmg favorite aku lah. Fighter pilot pun ada dtg. Mejar Jasni namanya, dari skuadron 11. Kalau tak silaplah. Peh Peh. Melayang2 kepala otak tgk dia. Beliau cerita experience dlm TUDM, dan penah bawa F/A 18D Hornet dan skrg dia bawa SU-30MKM. Ciss, jeles2. Mmg focus gila lah, duduk baris depan lg. Beliau mmg btol2 buat aku semangat dan sangap balik nak tengok dan search info tentang fighter jets. Fighter jets mmg semua org akan minat dari kecik lg, same goes to me. Sbb semangat punya pasal, aku ada beli badge yg fighter pilot pakai kat salah satu booth. Aku beli No. 19 Skuadron 'Tedung Selar' punya. Favorite tuu! Diorang bawa MIG-29N Fulcrum. Sbb pe aku minat? Fighter jet pertama yg aku kenal lah sng cite. Base kat kuantan. Tiap2 tahun sebulan sebelum merdeka mesti diorang buat latihan around kuantan, so bleh tengok dari bilik je. Best best. Lama dah tak tengok.

Pada hari tersebut, aku jadi official photographer. Mcm biase. ClickNSnap Club, kelab foto aku buka booth pada hari kejadian. So kami offer pengunjung utk ambil gmbr di mana-mana mereka nak sekitar tapak karnival dan buat instant printing dgn harga yg murah. Disebabkan offer kami tu power sgt, ktorg jd sampai tak ckup tangan nk buat kerja. Mmg pack org dtg. Camera pun, ntah pakai camera sapa. Asal ada org nak dtg amik gmbr, grab je camera sapa2. Tp tu lah specialnya club ktorang, tak kisah berkongsi camera, sume org dpt lah merasa mcm2 jenis camera. Nak tukar2 lens pun tak jadi masalah. Jadi aku tak sempat lah nak snap gambar utk collection sendiri yg mcm berseni2 tu, ada pun sikit je lah. Bnyk gmbr org je. Ni ada sikit gambar2 yg menarik sepanjang tempoh aku berada di sana. Overall mmg exciting gila buat kerja tu and biase lah penat tu kan...









Sunday, July 26, 2009

Jobs Malaysia






Gambar abang hero kita, the one yg aku cerita dia tebang pokok kelapa kat rumah nenek. Tinggi pokok mmg tinggi pokok kelapa lah. Memang tinggi gila. So ni gambar2 semasa dia berada di pucuk pokok kelapa tu. Tengok cara2 dia tebang pokok. Teknik yang dia guna. Buang semua daun dan buah2 kelapa tu. Dia tinggalkan daun dan buah belah nak ditumbangkan je. Logik, mmg gerenti lah jatuh belah sana kan? N satu lagi, dia ni tak pakai apa2 pun safety equipment. panjat pun macam tu je, guna kaki tangan dia sndiri. boleh tgk kat gmbr yg last tu sbg bukti! jadi tu lah seribu satu cara cari duit. bukan senang nak dapat duit! berjimat cermat lah bila spend duit tu. okay, nak tulis next post lak.

Saturday, July 18, 2009

Harimau Malaya



Harus diberi pujian, satu game yg best skali. Team malaysia byk improve, kena byk lg buat friendly match dgn team yg bagus2 so team player jd lebih confident dan dpt gain byk experience. Drpd match dgn M.U tadi. Mmg nmpk saingan yg diorg beri, lagi2 masa 2nd-half. bagus bagus. :) walaupun satu stadium pakai jersey merah, tp diorg masih bermain dgn baik. ni bermakna diorg sudah kuat dari segi mental. bg penyoking, diorg masih sokong team malaysia walaupun pakai jersi MU. yes, mmg bagus skali. team malaysia mmg perlukan sokongan moral.

Football Vs Quidditch

Hah! MU is here?! Bila plak? tak tau pun :P aha tipu jee. iman is going to bukit jalil. wearing red jersey lah tu. takkan lah yellow plak kan? haha. erm, i tak pergi lah tengok MU. so sebagai ganti, malam ni tengok Harry Potter and The Half Blood Prince. diorang ckp bosan, tp tengok je lah. mana bleh tinggal! walaupun takda quidditch game.